Saturday, 2 March 2013

Assalammualaikum =)

Admin nk mntak jase baek smua yg mlihat blog ini utk like our fan page


http://www.facebook.com/KesenianKompangPaluanMim?ref=hl

Jase baek anda amat kami hargai !

Wednesday, 13 February 2013

sejarah kami. .


KESENIAN KOMPANG PALUAN MIM

Moto: Kompang ala amboi-amboi
Visi: Memartabat kesenian kompang
 Misi: Menarik minat golongan muda terhadap kesenian kompang

Alamat:
N-G-11 Blok N Apartment Dahlia, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung,
48300 Rawang, Selangor

Email: keseniankompangpaluanmim@gmail.com

Tel: 03-60213786 / 0134584300 / 011-23030534


Jurulatih:
1. Mazrizal Suhairy Bin Mohd Akhir
2. Khairuddin Bin Samad

Ketua Pasukan:
Muhammad Arief Haikal

Penolong Pasukan:
Muhammad Nor Hakim Bin Abdul Hamid

Kesenian Kompang Paluan Mim telah ditubuhkan secara kecil-kecilan pada 1 Disember 2010 dikawasan perumahan Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Pasukan ini bermula dengan penyertaan ahli seramai 12 orang yang terdiri dari kanak-kanak yang berusia 10 tahun hingga 13 tahun pada waktu itu. Kumpulan ini dilatih oleh 2 orang jurulatih iaitu Cikgu Rizal dan En Khairudin.

Kesenian Kompang Paluan Mim telah mendapat sokongan penduduk Taman Bunga Raya dari Apt Dahlia, Cempaka, Kenanga, Mawar, Kemuning dan Teratai dalam masa penubuhannya dan menerima ahli-ahli baru yang terdiri dari murid sekolah kebangsaan dan pelajar sekolah menengah.

Kesenian Kompang Paluan Mim menggabungkan unsur-unsur tradisi dan moden bagi menarik minat golongan muda. Selain memainkan zikir-zikir serta selawat dan juga lagu-lagu lama, pasukan ini juga turut memainkan lagu-lagu terkini seperti 3 kata, cinta muka buku, kalau berpacaran dan sebagainya.

Kesenian Kompang Paluan Mim bersedia menerima tempahan semua jenis majlis seperti majlis sambutan, majlis perkahwinan, majlis berkhatan, majlis perasmian dan sebagainya.

HUBUNGI KAMI:

Email: keseniankompangpaluanmim@gmail.com

Tel: 03-60213786 / 0134584300


KESENIAN KOMPANG PALUAN MIM
~KOMPANG ALA AMBOI AMBOI~

Monday, 11 February 2013

kembara MIM ke Port Dickson. .

Assalammualaikum,
Apa khabar smua pncinta seni ? Pada 9&10 hari bulan Febuari 2013 , kembara telah berangkat ke Port Dickson dan Kota Lukut, Negeri Sembilan . Disana kami smua terlibat dgn Program Jalinan Kompang Kota Lukut . Seramai 6 buah pasukan telah hadir ke majlis tersebut termasuklah kumpulan kami . Kami juge telah membuat persembahan gabungan antara kami(Paluan MIM) , Mutiara Ikatan Ria, Singapura , dan juga Warisan lani, Johor Bharu . Sekian,

Saturday, 2 February 2013

kembara Paluan MIM ke Johor dan Melaka

assalammualaikum pencinta seni sekalian ,

Pada minggu lepas kembara Paluan MIM telah bergerak ke Johor dan Melaka. Di Johor kami terlibat dengan program Ria bersama Mutiara Ikatan Ria. Program ini adalah bertujuaan utk mengajar Kump. Kompang Warisan Lani. Pada hari kedua pula Kembara telah berangkat turun ke Melaka pula bagi pertandingan kompang selawat dan formasi sempena maulidul rasul yg dianjurkan oleh JAIM. Kami mendapat giliran ke-13. Kami mndapat tempat yg ke-4 dari 13 kump. yg bertanding.

Sekian,

Tuesday, 15 January 2013

jemputan kenduri kahwin en. helmi dan puan diyana


assalammualaikum!!pada 12/1/13 kami mndapat satu jmputan utk knduri kahwin di jalan teluki,bukit sentose,sempena majlis prkahwinan en. helmi dan puan diyana..kami juga dijemput utk mempersembahkan silat pengantin.

Wednesday, 9 January 2013

pemberitahuan..

assalammualaikum..
admin ingin memberitahu bagi sesiapa yg berminat utk memasuki group kami,kedatangan anda amat dialu alukan..kami mengadakan latihan setiap hari bermula jam 8 - 10.30 mlm..

Monday, 7 January 2013

promosi

assalammualaikum. .
Bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan bagi sebarang acara,kami ada beberape set pakaian antaranya SET TEKUA,SET PAHLAWAN,SET T-SHIRT dan SET BAJU MELAYU. Untuk sebarang tempahan anda boleh berhubung dengan En Masriazl Suhairy - 013-4584300